Seni Bahasa sebagai Wahana Melahirkan Perasaan

PENGENALAN - Kesusasteraan

  • bidang yang melibatkan ilmu kemanusiaan.
  • terkandung pelbagai unsur nilai yang bukan hanya untuk kajian hiburan. (Arif Mohamad,2018)
  • Pada peringkat awal, sastera bermula dengan dalam bentuk lisan iaitu hasil pengucapan masyarakat kemudian berkembang kepada bentuk tulisan dan terbitan. 
  • hasil karya gambaran peribadi manusia melalui medium bahasa.
  • mengguna bahasa estetik untuk memberi panduan atau nasihat tertentu.
  • seni menggambarkan keindahan bahasa.
  • fungsi utama sastera Melayu adalah untuk mengajar dan menghibur. (Hashim Awang, 1985)

BAHASA SEBAGAI WAHANA LAHIRKAN PERASAAN?


Bahasa EMOTIF

  • gaya bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan Melayu.
  • bahasa yang mengandungi unsur imaginasi, simbolik, makna tersirat dan sebagainya.
  • bertujuan menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca.
  • bahasa yang baik mampu menyampaikan kesan emosi kepada pembaca, misalnya sedih, takut, terharu dan sebagainya.
  • elemen yang penting bagi menyampaikan cerita yang dingin disampaikan oleh pengarang. (tidak membosankan dan dapat menarik hati pembaca)
  • bahasa berfungsi untuk menyatakan suka duka kehidupan. Ini menunjukkan bahawa bahasa figuratif turut berkait dengan unsur emotif dan mempunyai fungsi dalam melahirkan perasaan atau unsur emotif dalam diri pembaca. (Subet, M.F. & Jalaluddin, N.H., 2014)


PERASAAN POSITIF

      • perasaan membawa kepada emosi yang menyenangkan.
      • rangkumi perasaan gembira, teruja, kasih sayang, patriotisme dan lain-lain.
      • perasaan positif yang wujud akan membantu untuk menghakis perasaan negatif untuk hadir.
Dan beberapa waktu ini kegembiraan dan kebanggaan di atas kejayaan abangku sering terapung apung di dalam dadaku...

  (Kumpulan Cerpen Mimpi Yang Bertaburan: 193)   

        • unsur emotif yang merujuk kepada perasaan gembira yang dialami oleh si adik atas kejayaan abangnya dalam melanjutkan pelajaran.
        • Perasaan gembira tersebut bukan sahaja mengungkapkan emosi pengarang malah ia mampu membuatkan pembaca untuk turut berasa gembira melalui pembacaan tersebut.

    PERASAAN NEGATIF

        • perasaan yang kurang menyenangkan.
        • merangkumi perasaan marah, sedih, kecewa, kesal, benci dan sebagainya.
        • perasaan negatif yang tidak terkawal akan membawa kesan buruk.
        • Pembaca akan lebih teruja untuk membaca sesebuah karya apabila wujudnya unsur-unsur perasaan dalam karya.
        • dapat lebih merasai dan menjiwai watak dalam karya dengan baik.
    “Lelaki itu menangis sungguh-sungguh, kini dengan sedu-sedan yang tidak boleh ditahan-tahan lagi. Para tetangga yang hadir juga menangis, dan bilik di rumah itu secepat kilat berubah menjadi bilik yang bergema dengan tangisan lelaki dan perempuan.” 
    (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman: 10)
          • petikan tersebut dapat digambarkan akan suasana sedih yang menyelebungi setiap watak.
          • pemergian Selamah telah membuatkan semua orang di dalam bilik itu serta merta menangis sehingga dikatakan cepat seperti kilat.


    PENUTUP

    • kesusasteraan adalah sebuah bidang yang merangkumi ilmu kemanusiaan seperti gambaran kehidupan, falsafah dan pengajaran. 
    • seni bahasa merangkumi aspek kehidupan seperti perasaan, daya kreativiti, persepsi, estetik, konsepsi dan imaginasi dalam bentuk perkembangan daya pemikiran intelek, rohani, emosi dan jasmani.
    • seni bahasa membantu dalam membentuk kehidupan dan peribadi seseorang individu dalam melahirkan insan yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.
    • Penggunaan bahasa yang baik akan mampu membuatkan pembaca membaca sesuatu dialog mengikut intonasi yang bersesuaian seperti marah dan gembira
    • Penulis perlu mengasah daya pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesebuah karya
    • Penggunaan bahasa figuratif dalam melahirkan perasaan merupakan antara satu langkah yang kreatif dalam menyampaikan emosi dalam karya.



    Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Minjie Yong untuk tujuan kursus Sejarah Kesusasteraan Melayu (BKPK3013), yang dikelolakan oleh pensyarah, puan SITI NORASHIKIN BINTI MOHD KHALIDI di bawah Program Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan. Sebarang pindah milik maklumat adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pemilik. Emel:minjieyong66@gmail.com.



    评论