GAYA BAHASA CERPEN

 GAYA BAHASA CERPEN HADIAH ISTIMEWA


PENGENALAN




SINOPSIS CERPEN

Lan merupakan budak bandar yang dihantar oleh ibunya ke kampung untuk dijaga oleh nenek dan atuk atuk atas sebab tiada orang yang dapat membantu menjaga Lan. Ibu dan ayah Lan telah bercerai sejak lan berumur 10 tahun. Disebabkan kemudahan yang kurang, Lan pada awalnya tidak rasa selesa duduk di kampung. Dapat dilihat Lan tidak rapat dengan nenek dan atuknya apabila Lan menolak Atuknya untuk turun ke sawah. Akan tetapi atuk dan nenek Lan sangat saying akan cucu satu2nya ini. Ini dapat dilihat apabila atunya membawa kipas kepada lan selepas balik dari sawah dan neneknya ke satu2nya kedai telefon di kampung untuk medapatkan cable kepada Lan. Konflik cerita wujud apabila Lan melihat Mia membantu ibunya mengurus dan menjaga kedai. Lan terdengan perbualan nenek dan atuknya dan mendapati kaki nenek terseliuh akibat jatuh semasa ke kedai telefon. Dengan melihat cable dan kipas yang dibawa oleh nenek dan atuknya itu, lan berasa salah. Setelah insaf akan sikapnya itu, Lan mula berubah dengan membantu atuknya di sawah, buat kerja rumah serta membantu Mia menjaga kedai runcit. Beberapa hari kemudian Mak Lan dating menjemput Lan balik ke bandar disebabkan musim buka sekolah telah hampir. Selepas dua bulan kemudian, Lan dan ibunya Bersama-sama balik ke kampung. Lan memberi hadiah kepada Mia sebagai tanda penghargaan atas mengingatkan Lan terhadap sikap buruknya itu.



DIKSI

  • Pemilihan kata penulis dalam cerpen
  • Pilihan kata perlu sesuai dengan tema, watak, susunan cerita dan latar cerpen.
  • Meliputi beberapa unsur:
    • Ketepatan

      • Kata yang diguna sesuai denagn makna yang disampaikan
      • Contoh:
            “mungkin, aku ini dah terlalu...”
                                                            (Hadiah Istimewa: 4)

    • Bahasa slanga

      • Kata atau ungkapan yang biasa digunakan dalam pertuturan seharian
      • Contoh: penggunaan “lah…”
            
“tak nak lah tuk. panas lah, lan malas nak gerak,”
            “ya lah tu, aku tahu,”
                                                     (Hadiah Istimewa: 1)

    • Kata pinjaman

      • Penggunaan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris
      • Berfungsi menonjolkan taraf sosial atau Pendidikan
      • Contoh ungkapan atau monolog watak uatama
            “ada nampak cable lan?”
                                                            (Hadiah Istimewa: 1)
            “ah, malam ni aku tak dapat lah main video game aku tu!”
                                                             (Hadiah Istimewa: 2)




SINTAKSIS


Contoh ayat sederhana, panjang dan pendek




BAHASA FIGURATIF

  • penggunaan kata menyampaikan makna kompleks
  • penulisan yang bervariasi dengan penuh unsur perbandingan.
  • penggunaan teknik kiasan terhadap sesuatu perkara, misalnya teknik simile atau metafora. (Za’ba, 1965)
  • bertujuan menunjukkan makna yang lebih abstrak dan imaginatif daripada makna sebenar kepada sifat kiasan atau simbolik.

    METAFORA

  • Menyata suatu makna yang lain daripada makna biasa tanpa mengguna kata perbandingan.
  • Contoh:

“Hah budak bandar tu lah, balik kampung macam orang besar. Kena layan...”

(Hadian istimewa: 3)

    • Orang besar yang diungkap dalam ayat tersebut bermakna orang yang harus dijaga dengan baik dan bukannya orang yang besar.

HIPERBOLA

  • Kata atau ungkapan yang berlebih-lebihan dan keterlaluan
  • Contoh:

“Aduh, sejuknya setiap kali aku mandi ni. Tengah hari panas macam dibakar, masuk petang sejuk pula macam dibeku,”

(Hadian istimewa: 1)

    • Panas macam dibakar , sejuk macam dibeku




KEINDAHAN BAHASA


  • Bahasa indah yang digunakan dalam sebuah karya sastera dapat meningkatkan kesan estetik sastera tersebut.
  • Unsur: inversi, repitasi, sinis, imejan, simbolik dan kata puitis

IMEJAN




SINIS



TEMPO BERCERITA


Tempo cerita cerpen Hadiah Istimewa berbentuk tempo perlahan.




PENUTUP


  • Gaya bahasa dalam cerpen Hadiah Istimewa termasuklah unsur diksi (pemilihan kata), sintaksis, bahasa figurative (misalnya metafora dan hiperbola), keindahan bahasa serta tempo bercerita.
  • Tempo yang digunakan dalam cerpen adalah sesuai dengan tema atau jalan cerita yang telah ditentukan.
  • Gaya bahasa yang varian dan berbagai dapat meningkatkan estetik sesebuah karya.






Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Minjie Yong untuk tujuan kursus Cerpen Melayu (BKCM3083), yang dikelolakan oleh pensyarah, puan SITI NORASHIKIN BINTI MOHD KHALIDI di bawah Program Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan. Sebarang pindah milik maklumat adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pemilik. Emel:minjieyong66@gmail.com.

评论